Tuesday, January 26, 2016

Terkini : Dana RM2.6b, Najib Tiada Kesalahan Jenayah

Peguam Negara mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu sidang media hari ini berkata, dalam kes siasatan dana berjumlah RM2.6 bilion, beliau berpuas dengan keterangan saksi dan dokumen berkaitan dikemukakan SPRM menunjukkan dana berjumlah RM2.08 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Manakala, katanya, siasatan berkaitan SRC International di bawah Akta SPRM 2009 mendapati tiada keterangan menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Tindakan Ketua Bahagian Kedah Ikut Perlembagaan - Ku Nan


Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden parti untuk membuat keputusan.

“Mereka menyuarakan tidak senang dengan ketua perhubungan UMNO negeri mereka, tetapi mereka kata terpulang kepada presiden parti untuk menentukan, bukan mereka desak supaya letak jawatan seperti (dilakukan) ketua cawangan.

Saturday, January 16, 2016

Guru Besar SJKC PAI CHEE Penyokong DAP?


Ang Swee HoonNEGARA digemparkan baru-baru ini dengan satu insiden Guru Besar menghalau keluar seorang guru berbangsa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Chee di Mersing, Johor yang mendapat simpati dan menaikkan kemarahan netizen.
Dengan ada di antara netizen menganggap insiden tersebut adalah sebuah kes rasis juga turut mendapat respon serius dari Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini.
Sebagai langkah awal, pihak Kementerian Pendidikan telah memindah guru besar berbangsa Cina tersebut ke sekolah lain bagi menghalang dari perkara yang tidak diingini berlaku.
Adakah guru besar itu penyokong DAP?
image
Facebook Ang Swee Hoon
Pihak Tv14 mendapat sumber terdekat dari Johor yang mengesahkan bahawa, di dalam akaun facebook guru besar bernama Ang Swee Hoon itu, telah menunjukkan dia menyokong parti rasis DAP secara terang-terangan.
Menurut sumber berkenaan juga, guru besar terbabit turut “mengangkat” Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin parti DAP yang disukai olehnya.
Malah, menurut sumber tersebut juga, Ang dipercayai adalah ahli DAP Johor dan sekali gus menjadikan parti kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama dalam perlaksanaan dasar parti yang disertainya.
Adakah ini antara punca Ang bertindak seperti ‘seorang yang rasis’ terhadap guru di bawah seliaannya yang berbangsa Melayu di sekolah berkenaan?
image
Guru besar SJKC Pai Chee, Mersing
Sekiranya persoalan ini benar, ia merupakan suatu perkara yang ‘jijik’ bagi seorang bergelar penjawat awam yang telah meletakkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Persekutuan namun disebalik itu menyokong pemimpin dan parti pembangkang.
Sekiranya guru besar berkenaan benar-benar berniat rasis terhadap guru berbangsa Melayu itu, tidak mustahillah ia juga merupakan ahli DAP yang sentiasa mendapat jolokan ‘parti rasis’ oleh para pemain politik dan penganalisis tempatan.
Seandainya perkara ini tidak dipandang serius dan ia merupakan fakta yang nyata, tidak mustahil juga Ang dianggap menjadi ‘mata dan telinga’ buat DAP khususnya dalam sistem pendidikan negara.
Dan sebagai seorang pentadbir serta pendidik, Ang seharusnya menerapkan nilai-nilai murni serta ketaatan kepada pemerintah sedia ada.
image
Jika Ang mahu berpolitik dan bersikap rasis, dia harus berhenti dari menjadi penjawat awam dan berpolitiklah 24 jam bersama Lim Kit Siang atau mana-mana pemimpin yang disukainya.
Malah kerja Kementerian Pendidikan selepas ini akan menjadi semakin rumit serta bertambah pula kerana harus melihat kecenderungan ketaatan Ang sama ada pada kerajaan pemerintah, atau kepada mana-mana pemimpin dan parti pembangkang di negara ini. – Tv14

Thursday, January 14, 2016

Wahai SPAD, Bas Usang Merosakkan Imej Negara


Mutu perkhidmatan bas henti-henti di negara ini semakin menunjukkan kemajuan apabila sistem bas Bus Rapid Transit (BRT) di Bandar Sunway, Selangor diperkenalkan serta bas dua tingkat di beberapa laluan tertentu baru-baru ini.

Namun begitu masih terdapat ruang untuk diperbaiki oleh pengusaha bas henti-henti yang beroperasi di Kuala Lumpur terutama bagi syarikat-syarikat yang selain RapidKL.

Tanpa perlu menyebut nama syarikat berkenaan, warga kota telah sedia maklum bahawa meskipun Malaysia bakal menuju status negara maju dalam jangka masa lima tahun lagi masih terdapat syarikat bas yang menggunakan bas usang berusia lebih 20 tahun dan ke atas.