Thursday, February 25, 2016

Kita Pun Mahukan Perkhidmatan Bas Bersistematik Seperti RapidKL


SAUDARA PENGARANG,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka kerana berjaya menarik ramai pelabur dalam serta luar negara untuk merancakkan sektor ekonomi negeri Melaka terutama sekali sektor pelancongan. Kesannya pada hari ini kemajuan pembangunan dan infrastruktur di Melaka hampir setaraf dengan bandar raya utama di negara ini seperti Kuala Lumpur.

Bagaimanapun dalam sektor pengangkutan awam Melaka perlu memperhebatkan lagi sistem sedia ada bagi memudahkan orang ramai berkunjung ke Melaka selain dapat merasai kemudahan sistem pengangkutan awam yang lebih berkesan dari segala segi. Antaranya seperti ketepatan masa melalui jadual perjalanan lebih bersistematik.

Sebagai penduduk Melaka, kita sedia maklum bahawa kebanyakan jalan raya di negeri ini akan menjadi begitu sesak dengan kebanjiran kenderaan apabila tibanya waktu puncak atau cuti am, bahkan pada hari biasa pun keadaannya hampir sama.

Tuesday, February 16, 2016

Bangla Layan Saya Lagi Elok - Pasangan Khalwat


Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.

Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami.

Bangla Kantoi Berasmara Dana Dengan Isteri Orang


Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan. Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.

Monday, February 15, 2016

Tren LRT #RapidKL 'Tergelincir', Penumpang Selamat


Sebagai persediaan untuk pembukaan fasa kedua Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) Laluan Ampang pada 31 Mac ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melaksanakan Pelan Tindakan Kecemasan, yang melibatkan penglibatan penuh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba, pasukan perubatan dan agensi-agensi kecemasan lain di stesen baru IOI Puchong.

Dilaksanakan di bawah pengawasan para pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pelan Tindakan Kecemasan atau ‘Emergency Response Plan’ (ERP) itu bersenariokan insiden sebuah tren tergelincir sekali gus menyebabkan kecederaan kepada sembilan daripada 100 penumpang yang berada di dalam tren ketika itu.