Monday, November 28, 2016

Road Tax Naik Harga Tahun Depan 2017, Tidak Benar - JPJ


Dakwaan mengenai kenaikan kadar harga cukai jalan pada tahun 2017 seperti yang disebarkan melalui media sosial awal hari ini adalah tidak benar.

Hal ini dikatakan oleh JPJ dan telah disahkan Kementerian Pengangkutan seperti di laman web mereka.

Friday, November 25, 2016

ADUN Seri Kembangan Arah Penguatkuasa Tarik Balik Laporan Polis?


Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.

ADUN Seri Kembangan dari parti DAP yang mewakili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

Friday, November 18, 2016

Zahid Bagi Amaran Lagi, Kenyang Kita Dengan Amaran #Bersih5


Gerakan Baju Merah dan Bersih 5.0 diberi amaran terakhir supaya berundur daripada meneruskan hasrat masing-masing untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemimpin dan penyokong kumpulan Gerakan Baju Merah serta Bersih 5.0, jika mereka masih berdegil.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan, justeru kedua-dua kumpulan dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang negara.

Tuesday, November 15, 2016

Najib & Abe Bakal Bincang Projek HSR Malaysia - Singapura


TOKYO - Projek kereta api berkelajuan tinggi merupakan antara isu yang bakal dibincang dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Jepun Shinzo Abe pada Rabu.

Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris berkata, perkara lain yang dijangka dibincangkan adalah berkaitan keselamatan rantau ini terutamanya berhubung isu Laut China Selatan dan situasi di Semenanjung Korea.

Lebih 800 Pembantu Guru Dilantik Di Melaka & Kedah


Sejumlah 860 pembantu guru dilantik secara Pekerja Sambilan Harian (PSH) di sekolah-sekolah di Melaka dan Kedah tahun ini bagi mengurangkan beban kerja pentadbiran guru.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, perlantikan itu dibuat di bawah Program Pemantapan Profesion Guru (PPG) melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).