Minggu lepas berselerakkan gambar Khairy dan Mukriz di media
sosial yang mana dalam gambar tersebut dilihat satu hubungan intim dua pihak
yang selama ini berbalah lama lantaran ayahanda Tun M pernah mengulingkan “Menantu”
Khairy Jamaluddin.
Mukhriz Mahathir dilihat mempunyai jalan sukar untuk menjadi PM jika
menentang KJ yang hari ini sedang giat memperkasakan Pemuda dengan cara
menyorok disebalik macainya Azwan Bro dan beberapa nama lain yang jelas KJ
dikelilingi orang yang tidak ada masa hadapan dalam politik sekali gus
mengesahkan kata kata ayahanda Tun M yang berbunyi “Jika saya mahu naik saya
akan letak orang bodoh bawah saya” Modus operandi yang sama dibuat oleh
Ayahanda Tun M sedang dalam acuan.
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin atau dikenali Anwar Ibrahim Jr. Oleh bekas
MP Kulim Zulkifli Nordin. Hari ini kononnya lantang mendesak kerajaan dari dalam
pemuda akan tetapi secara kasarnya KJ dilihat mengasak Najib walaupun tindakkan
beliau itu bertentangan dengan pendirian Najib yang mahukan satu pasukan jitu
dalam cabinet.
Nampaknya pasukan impian Najib bakal menjadi arang dalam
perperangan antara perebutan kuasa orang UMNO yang jelas didominasi oleh ayahanda
Tun M. Bijak KJ membaca game politik, ya lah. Kalau KJ mengambil jalan
menyerang ayahanda Tun M nescaya KJ akan
mengalami nasib yang sama seperti Muhkriz. Lantaran beberapa Kem BESAR yang
dilihat hanya “menyimpan kuku”.
Mukriz Mahathir
“Tanpa ayahnya beliau hanya perigi buta” itulah ungkapan
yang paling sesuai diberi kepada MB Kedah ini, Ayahanda Tun M tidak berniat
mahu menjulang anaknya sebagai PM Malaysia. Walaupun ramai yang berkata
demikian (Mukhriz bakal jadi PM) Jujur dari hati anak selatan lihat Mukhriz Mahathir tidak berkarisma seperti ayahnya
walaupun hari ini ayahanda Tun M mengasak Najib Razak beliau sendiri (Mukhriz Mahathir) tidak
mampu untuk mengawal penyokong ayahnya yang mana ia sedang menghancurkan karier
politik beliau sendiri pada masa akan datang.
Ucapan beliau "Jangan ganggu jawatan Timbalan Presiden" Seolah olah beliau sedang jadi presiden lagaknya?!
0 Comments