Videos

header ads

Hari Ini Last Day Bas RapidPenang Percuma


PARIT BUNTAR – Rapid Penang Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan bas percuma selama lima hari kepada penduduk daerah Kerian untuk berulang alik dari Hentian Raya Parit Buntar ke Penang Sentral bermula 8 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Operasinya, Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman, tawaran istimewa itu dibuat bagi memberi peluang kepada penduduk daerah ini merasai pengalaman menaiki bas Rapid Penang yang menawarkan perkhidmatan yang sofistikated dan selesa buat pengguna.
Menurutnya, sejak 8 Ogos lalu, Rapid Penang menawarkan perkhidmatan bas intercity menghubungkan Parit Buntar ke Penang Sentral, Butterworth bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Rapid Penang juga menyediakan sejumlah enam bas bagi setiap laluan perkhidmatan intercity di mana lapan lokasi hentian dipilih bagi tujuan pengambilan dan penurunan penumpang di sepanjang perjalanan dari Hentian Raya Parit Buntar ke Penang Sentral.

“Pemilihan lapan lokasi hentian itu dibuat meliputi lokasi Hentian Raya Parit Buntar, Kerian Central Mall, Permatang Keling, Taman Seri Acheh, Kampung Dato Keramat, Kampung Haji Osman, Hub Nibong Tebal, Public Packaging, Residensi Merbok, Tokong Hindu Jalan Baru, Padang Kilat dan perhentian terakhir di Penang Sentral,” katanya sewaktu ditemui media pada majlis pelancaran laluan intercity Rapid Penang baharu meliputi Parit Buntar -Penang Sentral-Parit Buntar di Hentian Raya Parit Buntar, di sini.

Majlis disempurnakan Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Abu Bakar Md Ali, turut dihadiri Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kerian(MDK), Abdul Khair Ahamad.

Mohd Shukri berkata, dengan tawaran caj tambang bagi keseluruhan perjalanan sehala bernilai RM4.70 sahaja, Rapid Penang menjangkakan pengguna mampu menjimatkan hampir 50 peratus daripada kos pengangkutan yang ditanggung sekiranya menggunakan kenderaan sendiri.

Katanya, pihaknya turut dimaklumkan sebahagian besar penduduk daerah Kerian bekerja di Pulau Pinang dan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang bermutu dan menepati waktu pastinya dapat membantu mengurangkan kebergantungan pengguna kepada kenderaan sendiri dan perkhidmatan bas kilang.

Post a Comment

0 Comments