Monday, September 7, 2015

Hasni Bakal Menteri Besar Johor Yang Baru?


Kedengaran desas-desus di Johor tentang pertukaran MB Johor di sebalik kehangatan khabar angin pemecatan MB Kedah.

Orang yang disebut-sebut bakal menggantikan YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin adalah YB Datuk Ir Hasni Mohamad.


Beliau merupakan ahli politik senior di Johor yang kini EXCO Kerajaan Negeri Johor bagi portfolio Kerja Raya. Beliau dikenali sebagai orang kuat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mempunyai hubungan 'istimewa' dengan pihak Istana.

Khaled pula dilihat kurang responsive terhadap permintaan pihak Istana yang diketahui sangat prihatin terhadap masalah rakyat. Khaled mungkin lebih menumpukan usaha untuk mengukuhkan kedudukan beliau di Johor. Berdasarkan keputusan PRU13, kerusi DUN Permas yang disandang Khaled diramalkan sukar dikekalkan untuk PRU14 berbanding Hasni yang lebih selesa. Ditambah dengan kerusi Parlimen Pasir Gudang yang menang tipis.

Pelan ini khabarnya bakal diaktifkan sejurus Tan Sri Muhyiddin mengambil alih pucuk pimpinan parti dari Dato' Sri Najib. Ini bagi mengukuhkan pengaruh Tan Sri Muhyiddin di Johor yang sememangnya cukup kuat. Walau bagaimanapun jika Muhyiddin gagal, pelan ini juga boleh digunapakai oleh Kem Dato' Sri Najib bagi memujuk penyokong Tan Sri Muhyiddin untuk terus menyokong kepimpinan parti.

Percaturan politik Dato' Khaled Nordin yang diibaratkan seperti lalang, cuba 'accommodate' kedua-dua belah pihak bakal memakan dirinya. Hasni di sebalik pendirian tegasnya menyokong Tan Sri Muhyiddin, beliau tetap menjaga hubungan akrabnya dengan penyokong Dato' Sri Najib.

Dari segi pengaruh politik yang sudah bertapak lama, diramalkan Ketua UMNO Bahagian Pontian bakal membawa kejayaan kepada UMNO Johor di PRU14.

Apa-apa pun perlantikan MB perlu mendapat perkenan DYMM Sultan Johor. Ini adalah prerogatif mutlak Tuanku berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor

No comments:

Post a Comment