Monday, August 17, 2015

Mukhriz Mahathir Perigi Buta?!

Minggu lepas berselerakkan gambar Khairy dan Mukriz di media sosial yang mana dalam gambar tersebut dilihat satu hubungan intim dua pihak yang selama ini berbalah lama lantaran ayahanda Tun M pernah mengulingkan “Menantu” Khairy Jamaluddin.


Mukhriz Mahathir dilihat mempunyai jalan sukar untuk menjadi PM jika menentang KJ yang hari ini sedang giat memperkasakan Pemuda dengan cara menyorok disebalik macainya Azwan Bro dan beberapa nama lain yang jelas KJ dikelilingi orang yang tidak ada masa hadapan dalam politik sekali gus mengesahkan kata kata ayahanda Tun M yang berbunyi “Jika saya mahu naik saya akan letak orang bodoh bawah saya” Modus operandi yang sama dibuat oleh Ayahanda Tun M sedang dalam acuan.

 
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin atau dikenali Anwar Ibrahim Jr. Oleh bekas MP Kulim Zulkifli Nordin. Hari ini kononnya lantang mendesak kerajaan dari dalam pemuda akan tetapi secara kasarnya KJ dilihat mengasak Najib walaupun tindakkan beliau itu bertentangan dengan pendirian Najib yang mahukan satu pasukan jitu dalam cabinet. 

Nampaknya pasukan impian Najib bakal menjadi arang dalam perperangan antara perebutan kuasa orang UMNO yang jelas didominasi oleh ayahanda Tun M. Bijak KJ membaca game politik, ya lah. Kalau KJ mengambil jalan menyerang ayahanda Tun M  nescaya KJ akan mengalami nasib yang sama seperti Muhkriz. Lantaran beberapa Kem BESAR yang dilihat hanya “menyimpan kuku”.



Mukriz Mahathir
“Tanpa ayahnya beliau hanya perigi buta” itulah ungkapan yang paling sesuai diberi kepada MB Kedah ini, Ayahanda Tun M tidak berniat mahu menjulang anaknya sebagai PM Malaysia. Walaupun ramai yang berkata demikian (Mukhriz bakal jadi PM) Jujur dari hati anak selatan lihat Mukhriz Mahathir tidak berkarisma seperti ayahnya walaupun hari ini ayahanda Tun M mengasak Najib Razak beliau sendiri (Mukhriz Mahathir) tidak mampu untuk mengawal penyokong ayahnya yang mana ia sedang menghancurkan karier politik beliau sendiri pada masa akan datang. 

Ucapan beliau "Jangan ganggu jawatan Timbalan Presiden" Seolah olah beliau sedang jadi presiden lagaknya?! 


No comments:

Post a Comment