Wednesday, August 19, 2015

Perhimpunan Terakhir Pemuda UMNO. Lepas Ni Bungkus !


Disebalik kemelut yang melanda UMNO hari ini, ditambah pula dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang terus membisu berhubung namanya dikaitkan dalam komplot menjatuhkan kerajaan menimbulkan tanda tanya.

Selaku antara orang penting dalam Pertubuhan UMNO, beliau seharusnya menjadi orang pertama yang mempertahankan dirinya dari terus difitnah akibat tingkah laku acuh tidak acuh beliau.


Sejak dari awal serangan terhadap Perdana Menteri, beliau banyak mendiamkan diri dari berkata-kata. Jika ada pun kenyataan mempertahankan Presiden Parti, hanyalah kenyataan ringkas dan tidak menampakkan kesungguhan dalam usaha mempertahankan Presiden.


Konflik Pemuda UMNO dan Presiden bermula sewaktu gerakan 5 sekawan yang diketuai oleh Timbalan beliau sendiri, Azwan Bro sewaktu Pilihanraya Kecil P091 Parlimen Rompin. Ucapan berapi Azwan kepada Pemuda UMNO Johor untuk menjatuhkan Perdana Menteri disana membawa kepada kritikan berterusan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO.

Sewaktu ditanya apa tujuan mereka melakukan perkara demikian, Azwan hanya menjawab ianya hanyalah simulasi andai pihak PAS menyerang UMNO dengan perkara yang mereka bincangkan. Walhal Azwan terlupa, perjumpaan "tertutup" beliau itu dapat dihidu oleh media dan sehingga kini Khairy Jamaluddin mengelak untuk membicarakan apa yang terjadi di Rompin.


Sebaik sahaja rombakan kabinet dilakukan oleh Perdana Menteri yang membabitkan penggu
guran Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, beliau dilaporkan berkata, beliau tidak hairan andai nama beliau juga turut digugurkan. Sejak itulah beliau dilihat sentiasa mengambil jalan selamat untuk langsung tidak mempertahankan ketua beliau sendiri.

Di sebalik pendedahan Datuk Seri Ahmad Zahid, terdapat cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dilakukan, beliau pantas meminta Datuk Seri Ahmad Zahid mendedahkan nama mereka yang terlibat dan secara sinis mengatakan, dakwaan harus dibuktikan dengan pendedahan nama.

Sebaik sahaja pihak media mendedahkan nama beliau, sehingga artikel ini ditulis, beliau mengambil pendirian mendiamkan diri. Bagi sesetengah orang, mungkin beliau enggan melayan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Walau bagaimanapun, bagi pemerhati politik, sikap berdiam diri Khairy menunjukkan ada benarnya dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dalam gerakan ini. Ramai yang mengaitkan tindak tanduk beliau sebelum ini yang mengesahkan dakwaan sedemikian.

Andai benar bagai didakwa, ianya merupakan satu tragedi bagi UMNO apabila pemimpin pelapis yang sedak dipupuk didalam barisan Pergerakan Pemuda UMNO hari ini bertindak membelakangkan prinsip perjuangan yang mereka sendiri laungkan.


Lebih memalukan, ketua mereka sendiri bertindak seperti seorang "perempuan" - malu untuk mengatakan sesuatu andai diminta. Dalam hal ini, demi kesinambungan karier politik beliau sendiri, Khairy dan barisan exco beliau harus berani tampil kehadapan menyatakan komitmen dan taat setia mereka terhadap ketua mereka, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sampai bila mereka memilih untuk mendiamkan diri disebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan. Mereka sewajarnya bertindak seperti beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berani tampil kehadapan menafikan pembabitan mereka terhadap komplot ini.

Persolannya, beranikah Pergerakan Pemuda UMNO hari ini?

No comments:

Post a Comment