Videos

header ads

Respon Kepada Tun Faisal - Ibdillah Ishak, Pemimpin Pemuda UMNO Yang Lebih Berkaliber


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Ibdillah Ishak, yang merupakan Pengerusi Biro Media Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah antara pemimpin Pemuda UMNO yang paling berpengaruh ketika ini.

Setelah dilantik sebagai Pengerusi BMS, di mana Ibdil diberi tugas utama untuk memastikan Pemuda UMNO menguasai ruang siber dan media maya, Ibdil telah berjaya merekrut hampir 1,000 sukarelawan yang pro kepada Pemuda UMNO sebagai jentera siber parti.

Tugas utama jentera ini adalah untuk mempertahankan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dari sebarang kritikan di media sosial bersesuaian dengan mantra BMS iaitu "For Chief and Country"

Ibdil kini telah berjaya menubuhkan skuad BMS di seluruh pelusuk negara dimana setiap negeri mempunyai skuad mereka sendiri contohnya Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Lebih hebat lagi, penubuhan skuad BMS negeri ini telah dilakukan oleh Ibdil tanpa bantuan mana-mana pihak. 

Difahamkan beliau sendiri turun ke bawah untuk merekrut bagi mengelakkan program ini disabotaj oleh Pemuda UMNO Negeri atau Bahagian.

Menurut sumber dalaman biro, BMS kini telah mempunyai hampir 1000 orang siber troopers Facebook, 750 orang sebagai siber troopers di Twitter dan BMS menguasai hampir 50 blogs dan portal berita.

Kejayaan Ibdil ini menjadikan beliau antara orang kepercayaan Khairy Jamaluddin dalam pergerakan Pemuda UMNO dan beliau juga dikatakan antara calon paling sesuai menggantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan yang akan datang.

Post a Comment

0 Comments