Videos

header ads

Samseng Lowyat Di Denda Maksimum RM2,000 #Lowyat

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Tiga jurujual kedai telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang penganggur yang dikaitkan dengan kekecohan di Plaza Low Yat, Julai lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail memutuskan demikian terhadap Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mereka didakwa bersama-sama mencederakan Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di tingkat G, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini pada pukul 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
 
 
Punca orang ramai marah kat jurujual Lowyat, terbukti sudah!!Tapi samseng samseng disitu hanya disabitkan salah dengan harga yang bergitu rendah sekali, patutlah mereka berani pukul pengunjung pusat beli belah?!
Lepas ini ada lagi..sebab..denda banyak itu?Celah gigi je beb...

Post a Comment

0 Comments