Videos

header ads

Lantak Pergi Dengan UMNO

MCA sedia 'menggempur' pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan itu berkata bagi 'menggempur' Lim di Gelang Patah, MCA akan bertindak menyuarakan pandangan serta perasaan rakyat melalui pemimpin akar umbi MCA.
"Apa yang terjadi (di Gelang Patah) sekarang Lim (Kit Siang) langsung tak layan penduduk di Gelang Patah, terus hilangkan diri sehingga penduduk cari beliau ke merata tempat bagi mengadu masalah mereka.

"Umno setuju kembalikan kerusi itu kepada MCA pada PRU nanti, tetapi kita tunggu nanti adakah Lim berani bertanding balik di Gelang Patah kerana beliau susah nak duduk di satu tempat secara tetap, suka melompat kerana lama sangat duduk takut rahsia dia terbongkar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pada PRU Ke-13, Lim menewaskan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Liow berkata selain Gelang Patah, Umno juga menyatakan persetujuan untuk memberikan semula kerusi Parlimen Wangsa Maju kepada MCA pada PRU akan datang.

"Pada PRU yang lepas MCA pinjamkan tiga kerusi Parlimen kepada Umno iaitu Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan. Hari ini kita umum Gelang Patah dan Wangsa Maju (dipulangkan kepada MCA)," katanya.

Post a Comment

0 Comments