Wednesday, October 28, 2015

Memberuk Muka Teresa Kok Terima Jawapan Daripada TPM

Kerajaan tidak mengharamkan Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai ‘kumpulan baju merah’ berikutan penganjurannya tidak bertentangan dengan undang-undang.

Berbanding dengan perhimpunan Bersih 4.0, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjurnya gagal mematuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Pihak PDRM tidak menghalang perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu diadakan memandangkan ia memenuhi keperluan akta.
"Di samping itu pihak polis tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan kerana penganjur enggan memindahkan tempat berhimpun dan bertegas untuk mengadakannya di lokasi yang tidak dibenarkan.
"Selain itu lokasi berkenaan tidak mendapat persetujuan daripada pemilik premis berkenaan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Tereka Kok (DAP-Seputeh) berhubung sebab kementerian itu mengharamkan perhimpunan Bersih 4 yang betujuan memromosi demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

Dalam soalannya di sidang dewan, Kok ingin mengetahui mengapa Kementerian Dalam Negeri memberi kelulusan kepada Himpunan Rakyat Bersatu yang menurutnya berunsur perkauman.

Bersih 4 yang diadakan serentak di beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah berlansung selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos yang lalu.

Perhimpunan itu juga turut mendapat bantahan keras dari beberapa pihak. Namun ianya tidak diendahkan langsung oleh penganjur dan tetap berdegil untuk meneruskannya selepas dilarang oleh pihak Polis serta DBKL sebelum ini.

No comments:

Post a Comment