Thursday, October 15, 2015

Rani Kulop Marah Kerajaan Naikkan Harga Tol


Menzahirkan kebimbangan bahawa kadar kenaikan tol ini akan menjadi satu lagi beban kepada rakyat, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini tampil membuat laporan polis.

Presidennya, Abdul Rani Kulop Abdullah berkata, kenaikan kadar tol akan memberi bebanan dan tekanan kepada pengguna tol di Kawasan Lembah Klang.
"Kenaikan tol... kena relakslah dulu jangan naik lagi. ‎Dalam keadaan rakyat yang menghadapi pelbagai kenaikan harga seperti minyak, harga barang lain, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini digemburkan pula naik harga tol.


"Kepada syarikat konsesi tol, saya beri pandanganlah sabar dahulu untuk naikkan harga tol... berbincang elok-elok dalam keadaan rakyat tertekan ini jangan naik, takut rakyat yang 'naik' nanti, esok-esok bukan tol naik rakyat yang 'naik'," katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Mengulas lanjut Abdul Rani atau mesra disapa ayah berkata, apabila rakyat yang 'naik', maka keadaan akan bertukar kecoh.

‎"Kalau ikutkan sekarang pengguna kenderaan ramai sangat, daripada enam pagi sampai enam pagi esok semua padat kenderaan lalu, syarikat tol sudah banyak kumpul duit, kenapa nak naik lagi sabarlah dulu," katanya.

Oleh itu ujarnya, beliau menyarankan agar kerajaan campur tangan dalam hal ini.

"Kita tahu ada perjanjian (berkenaan kenaikan harga tol), sabarlah dulu, naik perlahan-lahan,minyak naik, tol naik, tanpa ada sekatan," katanya.

No comments:

Post a Comment