Videos

header ads

Rakam Video Hantu Secara Live Belakang Lori


Pengguna laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp baru-baru ini kecoh mengenai Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang didakwa ‘berhantu’ dan ‘keras’ susulan beberapa insiden kemalangan jalan raya yang mengorbankan pemandu yang melalui lebuhraya tersebut.

Malah, Sinar Harian baru-baru ini mendedahkan beberapa kisah seram yang dikongsi oleh pengguna LPT2 yang pernah mengalami detik menyeramkan ketika mengguna laluan terbabit termasuk mendakwa melihat langsuir bergayut pada papan tanda elektronik.
Terbaharu, kisah seram yang berlaku kepada pengguna jalan raya lain pula turut tersebar apabila sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Youtube The Harimau TV pada 29 Oktober lalu memaparkan pemandu sebuah kenderaan berjaya merakam imej yang didakwa hantu.

Menerusi video tersebut, kejadian dikatakan berlaku ketika pemandu terbabit dalam perjalanan menggunakan lebuhraya Gerik menghala ke LPT.

Berdasarkan rakaman terbabit, kedua lelaki itu sempat merakam imej hantu yang dilihat sedang ‘menumpang’ di atas sebuah lori yang berada di hadapan mereka ketika mengekori kenderaan berkenaan.

Dalam rakaman berkenaan, kedengaran perbualan kedua lelaki terbabit yang antaranya mendakwa hantu tersebut berambut panjang.

Klik sini.

“Dalam kamera nampak tak weh?.. Mak oii rambut panjang. Betul ke nie?. Bang, putihlah bang.

“Nampak tak dalam kamera hang nak tengok… Nampak ahh, tangan dia pun nampak,” antara dialog lelaki terbabit yang dipetik dalam rakaman berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini kesahihan kejadian tersebut belum dapat dipastikan.

Post a Comment

0 Comments