Videos

header ads

Terkini : Dana RM2.6b, Najib Tiada Kesalahan Jenayah

Peguam Negara mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait tiga kertas siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu sidang media hari ini berkata, dalam kes siasatan dana berjumlah RM2.6 bilion, beliau berpuas dengan keterangan saksi dan dokumen berkaitan dikemukakan SPRM menunjukkan dana berjumlah RM2.08 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Manakala, katanya, siasatan berkaitan SRC International di bawah Akta SPRM 2009 mendapati tiada keterangan menunjukkan Najib menyalahgunakan kedudukan beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Sementara itu, siasatan di bawah Kanun Keseksaan mendapati tiada keterangan yang boleh menunjukkan Najib mengetahui dan/atau dimaklumkan terdapat kemasukan wang dari akaun SRC ke dalam akaun-akaun beliau

Post a Comment

0 Comments