Videos

header ads

Perghhh Mahkamah Arah Aidil Bayar Rita Rudaini Lebih RM 68,000


Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak membayar RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.

Memetik laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas membenarkan tuntutan Rita Rudaini.

Aidil Zafuan,28, turut diperintah membayar kos guaman Rita Rudaini.
"Bayaran tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh 45 hari," katanya.

Pada 14 Disember 2013, Rita Rudaini memfailkan tuntutan RM102,000 sebagai nafkah tertunggak selama 20 bulan merangkumi perbelanjaan makan minum, kos bayaran rumah, pakaian, pengangkutan dan barang asasi lain.

Dalam ringkasan penghakimannya, beliau berkata, mahkamah memutuskan pelakon itu hanya layak mendapat 19 bulan kerana mereka sah bercerai pada Ogos 2013.

Tuntutan itu difailkan melalui peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain di sini.
Rita Rudaini, 38 dan Aidil Zafuan, 27 bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.

Post a Comment

0 Comments