Videos

header ads

Operasi Banteras Tonto Diperluas Ke Sabah & Sarawak

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan operasi membanteras aktiviti tonto, kereta klon dan pemalsuan lesen ke Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata walaupun hanya pemalsuan lesen agak serius di Sabah, namun pihaknya akan memperluaskan pencarian dalang di sebalik aktiviti tonto dan kereta klon agar isu itu tidak berleluasa.
"Hasil dari Ops Cantas Khas Tonto itu (di Semenanjung sebelum ini), ada lagi tangkapan yang kita akan buat. Jadi operasi khas tonto ini kita adakan dengan kerjasama polis di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari JPJ ke-70 peringkat negeri Sabah di Ibu Pejabat JPJ Sabah di sini.

Beliau berkata pihak JPJ telah menubuhkan Pasukan Tindakan Khas (PTK) khusus bagi membanteras kegiatan sindiket itu termasuk pemalsuan lesen yang dianggap berleluasa di negeri ini.

Ismail berkata beliau optimis sindiket pemalsuan lesen dan kes kereta klon dapat dibanteras di negeri ini berikutan beberapa inisiatif yang diambil JPJ selepas tertubuhnya pasukan itu.

Post a Comment

0 Comments