Videos

header ads

Lebih 800 Pembantu Guru Dilantik Di Melaka & Kedah


Sejumlah 860 pembantu guru dilantik secara Pekerja Sambilan Harian (PSH) di sekolah-sekolah di Melaka dan Kedah tahun ini bagi mengurangkan beban kerja pentadbiran guru.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata, perlantikan itu dibuat di bawah Program Pemantapan Profesion Guru (PPG) melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Beliau bagaimanapun berkata, peluasan PPG ke negeri-negeri lain bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan.

"Kaedah lain bagi menangani isu beban tugasan ini adalah dengan pengisian jawatan kosong di sekolah selain mengurangkan serta memudahkan tugasan kemasukan data dan pelaporan," katanya menjawab soalan wakil BN-Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkenaan pelantikan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugas guru sekolah pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Datuk Chong berkata, kementerian juga memperhalusi kaedah pengoperasian dan pengurusan sekolah yang lebih mengutamakan keberhasilan pembelajaran murid sertamengurangkan beban aktiviti bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran disekolah.

Menjawab soalan tambahan wakil PKR-Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan sistem kemasukan data yang rumit, Datuk Chong berkata, isu itu tidak timbul kerana keberkesanan aplikasi e-Operasi yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, melalui aplikasi tersebut, guru hanya perlu mendaftar secara "Single Sign On" (SSO) dan memasukkan data ketidakhadiran murid dan kemas kini data murid sahaja sekali gus mengurangkan beban mereka di sekolah tanpa tugasan dalam talian lain.

Post a Comment

0 Comments