Tuesday, November 15, 2016

Najib & Abe Bakal Bincang Projek HSR Malaysia - Singapura


TOKYO - Projek kereta api berkelajuan tinggi merupakan antara isu yang bakal dibincang dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Jepun Shinzo Abe pada Rabu.

Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris berkata, perkara lain yang dijangka dibincangkan adalah berkaitan keselamatan rantau ini terutamanya berhubung isu Laut China Selatan dan situasi di Semenanjung Korea.
Datuk Seri Najib akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Jepun bermula esok atas undangan Abe dan merupakan kunjungan keempat ke negara matahari terbit itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2008.

No comments:

Post a Comment