Videos

header ads

Zahid Bagi Amaran Lagi, Kenyang Kita Dengan Amaran #Bersih5


Gerakan Baju Merah dan Bersih 5.0 diberi amaran terakhir supaya berundur daripada meneruskan hasrat masing-masing untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemimpin dan penyokong kumpulan Gerakan Baju Merah serta Bersih 5.0, jika mereka masih berdegil.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan, justeru kedua-dua kumpulan dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang negara.
“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah memberi amaran sebelum ini bahawa polis akan mengambil apa sahaja tindakan mengikut peruntukan undang-undang bagi mengelakkan perkara buruk berlaku sepanjang perhimpunan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen sini hari ini.

Ahad lalu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman memberitahu, pihak polis telah bersedia dengan perancangan dan strategi bagi menjamin keamanan dan ketenteraman awam jika penganjur Bersih 5.0 tetap meneruskan perhimpunan haram tersebut.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu, pihaknya tidak akan berkrompomi atau melindungi mana-mana pihak yang menggunakan dokumen palsu berhubung kes penyelesaian pembelian perabot di Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Johor.

Katanya, laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berdasarkan perolehan daripada Ketua Audit Negara perlu dipandang serius kerana kes tersebut boleh menjejaskan nama dan imej pihak polis.

“Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim akan mengambil tindakan sepatutnya dalam menyelesaikan kes ini dengan segera.

“Kalau betul perkara itu berlaku, saya mahu pihak tersebut bertanggungjawab seterusnya Bahagian Perolehan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas,” katanya.

Semalam, Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, PGA Simpang Renggam menggunakan dokumen palsu dalam penyelesaian pembelian perabot dan bayaran tidak wajar dibuat sebelum perabot dibekalkan.

Post a Comment

0 Comments