Videos

header ads

Sudan Huru Hara Selepas Mahathir Datang Melawat


Media antarabangsa semalam menyiarkan berita tentang mogok besar-besaran di Sudan akibat keputusan kerajaan negara itu untuk mengurangkan subsidi minyak yang membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Ironinya, Sudan adalah negara yang baru saja dilawati Mahathir antara 17 - 19 November yang lepas. Jelas disitu (tak usahlah menafikan lagi) kehadiran Mahathir membawa malapetaka di mana-mana sahaja tempat yang dia singgah.
Pada waktu ini, Mahathir sedang berada di Tunisia pula - negara Arab pertama yang bergolak (dan masih bergolak) akibat gerakan Arab Spring. Entah apa nak menimpa Tunisia pulak selepas ini apabila Mahathir balik.

Sebetulnya, janganlah hairan kerana sememangnya Mahathir membawa bala di mana sahaja. Malaysia ini sahaja dah 2 kali sengsara dikerjakan Mahathir dengan kemelesetan ekonomi 1986 dan 1997.

Harapnya, kehadiran Mahathir di dalam pembangkang akan membawa pula huru hara kepada mereka. Sekarang ini pun, belum pun lama Mahathir menyertai pembangkang, sudah bertelagah di antara mereka. Ada ahli DAP yang menggelar Mahathir sebagai ular dan bapak ayam.

Post a Comment

0 Comments