Videos

header ads

MENJAWAB FITNAH JIJIK YANG BERMAIN DI MEDIA SOSIAL BERKAITAN ISU PPIM "TERJAH" SYARIKAT KOPI PAK BELALANG


1. Kami di #KLChronicle merujuk kepada satu artikel yang dikeluarkan oleh portal *Perak Today* dimana didalam artikel tersebut menyatakan bahawa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerjah syarikat Kopi Pak Belalang. Apa yang merunsingkan kami adalah artikel yang diterbitkan tersebut mempunyai kesalahan fakta yang sangat jelas sehingga membawa kekeliruan kepada pengguna dan juga mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam operasi Syarikat Kopi Pak Belalang.

Sumber : https://peraktoday.com.my/2017/11/ppim-terjah-syarikat-kopi-pak-belalang/




2. Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk merungkai artikel yang diterbitkan supaya pembaca mendapat maklumat jelas akan isu sebenar dan bagaimana pihak PPIM cuba spin isu ini sehingga membawa kepada persepsi yang buruk terhadap Syarikat Kopi Pak Belalang.

3. Pertama sekali, dalam kenyataan PPIM, mereka dengan jelas mendakwa Syarikat Kopi Pak Belalang menjalankan kutipan wang tanpa lesen pihak berkuasa dengan konon menjanjikan pulangan berganda-ganda kepada pelabur.  Ini adalah satu kenyataan yang salah dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi Syarikat Kopi Pak Belalang. Untuk pengetahuan pembaca, Syarikat Kopi Pak Belalang *TIDAK* menjalankan apa - apa aktiviti pelaburan yang konon nya menjanjikan pulangan berlipat kali ganda seperti yang didakwa oleh Yusof Azmi. 

4. Kedua, isu konon nya pelabur ditipu, duit mereka diambil dan mereka tidak mendapatkan pulangan yang dijanjikan juga adalah salah secara fakta dan membuktikan Yusuf Azmi tidak melakukan "homework" beliau terlebih dahulu sebelum menerjah Syarikat Kopi Pak Belalang. Isu sebenar adalah apabila mereka yang melaporkan konon nya mereka ditipu sebenarnya adalah ahli kepada PT. Classic Worldwide International Group (CWIG) dan *BUKAN* Syarikat Kopi Pak Belalang. CWIG merupakan satu syarikat jualan langsung yang telah mengambil alih network keahlian dari syarikat Classic Worldwide Corp. (M) Sdn Bhd (CWC). 

5. Ya, ini merupakan satu syarikat *JUALAN LANGSUNG, BUKAN SYARIKAT PELABURAN* seperti yang didakwa Yusuf Azmi. Dalam CWIG terdapat satu komuniti yang dinamakan ARBA Network dan dimana mereka menjalankan *satu kaedah pemasaran dan penjualan produk*. Makna mudah disini, ahli yang membeli/menjual produk akan menerima bayaran. Bagi mereka yang tidak membeli atau menjual,mereka tidak menerima bayaran. 

6. Oleh yang demikian, kenyataan Yusuf Azmi bahawa terdapat ramai *pelabur* yang ditipu adalah tidak benar kerana CWIG, dan CWC sebelumnya bukan merupakan syarikat pelaburan tetapi merupakan syarikat jualan langsung yang mempunyai produk mereka sendiri. Selain itu, "terjahan' Yusof Azmi ke Syarikat Kopi Pak Belalang juga adalah salah kerana bukan Syarikat Kopi Pak Belalang yang terlibat dalam jualan langsung ini tetapi CWIG. Kenapa tidak pergi terjah CWIG?

7. Yusof Azmi harus sedar bahawa Syarikat Kopi Pak Belang merupakan satu syarikat Bumiputera yang sudah establish dan mempunyai reputasi yang baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia. Malah syarikat ini mempunyai begitu ramai ahli dan pekerja yang sama - sama mencari rezeki demi keluarga mereka. Tindakan Yusuf Azmi menyerang Syarikat Kopi Pak Belalang sudah semestinya merosakkan nama brand Kopi Pak Belalang dan menyebabkan syarikat kerugian jutaan ringgit. Adakah Yusuf Azmi mahu menanggung kerugian ini?

8. Lain kali buat homework terlebih dahulu sebelum ghairah mahu "terjah" syarikat orang. 

Terima Kasih

Post a Comment

0 Comments